Pages

Thursday, March 10, 2011

Bagaimanakah Cara Terbaik Untuk Beli Kereta: Part 2

Entri ini adalah sambungan entri yang sebelumnya iaitu, Bagaimanakah Cara Terbaik Untuk Beli Kereta: Part 1. Memang tidak dinafikan ramai yang membayar pinjaman kereta selama 9 tahun.  Tapi pernahkah anda mengira faedah yang anda terpaksa bayar? Saya tunjukkan kalkulusnya..

RM(harga kereta - down payment) x (kadar faedah %) x (tempoh masa)
CONTOH:
RM(60000 - 10000) x 3.75% x 9 tahun
RM50000 x 3.75% x 9 = RM16 875!!


Itu bagi kereta yang berharga RM60 000 dengan down paymentnya RM10 000. Anda bayangkan kalau anda beli kereta import seperti Toyata, Honda dan Mitsubishi yang rata-ratanya berharga RM70 000 ke atas. Tak payah bayangkan, kira la sendiri..hee..

Langkah terbaik adalah kumpul down payment sebanyak yang boleh (50% ker),pastu ambil tempoh yang singkat, 1 - 3 tahun. Kuncinya di sini adalah dengan meletakkan down payment yang tinggi. NO 0 Deposit!

CONTOH:
RM(60000 - 30000) x 3.75% x 3 tahun = RM3 375 (faedah yang hanya perlu anda bayar)

Kalau anda tak ada panduan nak simpan duit, anda harus baca entri terdahulu mengenai wang simpanan.

Tuesday, March 8, 2011

Bagaimanakah Cara Terbaik Untuk Beli Kereta: Part 1

Tidak dinafikan semua orang ada impian untuk memiliki kereta sendiri. Sedangkan budak-budak umur tujuh tahun pun dah ada kereta impian masing-masing. Secara peribadinya saya sendiri belum memiliki kereta. Nasib baiklah saya dapat kuartes berhampiran tempat kerja. Walau bagaimanapun, saya tetap akan membeli kereta suatu hari nanti. Di sini saya ingin kongsikan tips daripada financial experts yang mugkin berguna untuk sesiapa yang baru ingin membeli kereta seperti saya.


Elakkan membeli kereta tanpa down payment@deposit. Harus diingat, lagi banyak deposit yang dibayar, lagi rendah bayaran bulanan kereta tersebut. Jangan tertarik dengan promosi-promosi "0 deposit". Saya tunjukkan perbandingannya di bawah dengan beranggapan kereta berharga RM60,000 dengan bayaran selama 9 tahun dan kadar 3.75%

Deposit                                             Bayaran ansuran bulanan
RM0                                                      RM743.00
RM6 000 (10%)                                    RM669.00
RM12 000 (20%)                                  RM595.00
RM18 000 (30%)                                  RM521.00
RM24 000 (40%)                                  RM446.00
RM30 000 (50%)                                  RM372.00

Kalau anda sanggup membayar RM743.00 setiap bulan, kenapa tidak anda simpan dahulu setiap bulan sebagai deposit. Kesimpulannya, letakkan deposit yang tinggi semasa membeli kereta. Biarlah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.