Wednesday, February 23, 2011

Success Story: Dato' Dr. Azman Ching

Dato' Dr. Azman Ching atau nama sebenar beliau Ching Eu Boon, merupakan seorang jutawan Multi Level Marketing (MLM) dengan syarikat CNI. Beliau meraih pangkat tertinggi dalam CNI iaitu Million Diamond Agency Manager (MDAM). Anda bayangkan berapa incomenya setiap bulan!

Kalau anda nak tahu betapa hebatnya Dato' Dr. Azman Ching dalam indutri MLM ini, baca petikan beliau sendiri "With sheer confidence and determination, I worked on CNI's plan and by the 12th day I was already an Agency Manager. It only took me another 11 months to be a Diamond Agency Manager, the highest rank in CNI at that moment. I'm only in my thirties, but my achievements in CNI have been beyond my dreams."
Moral of the story: Keyakinan dan kesungguhan beliau yang gigih telah membuahkan hasil dalam masa yang singkat. Bukan senang nak jadi senang tetapi terlalu senang untuk jadi susah.

So,
"Keep your dreams alive. Understand to achieve anything requires faith and belief in yourself, vision, hardwork, determination, and dedication. Remember all things are possible for those who believe."
                                                                                                                                   -Gail Devers-



Monday, February 21, 2011

2 Simple Words - Don't Quit!


Abraham Lincoln pernah berkata:
“You cannot fail... unless you quit”
  • Colonel Sanders @ KFC founder, ditolak ideanya lebih dari 300 kali sebelum beliau menemui seseorang yang yakin akan impiannya. Disebabkan beliau tidak pernah berhenti, terdapat lebih 11,000 KFC di 80 buah negara seluruh dunia!
  • Pada tahun 1998, pencipta Google, Sergey Brin dan Larry Page berjumpa Yahoo! untuk menggabungkan kedua-dua syarikat. Yahoo! memberitahu kedua-dua graduan tersebut supaya memberi tumpuan terhadap "projek sekolah" mereka dan menyuruh supaya mereka datang balik bila mereka sudah besar panjang. Dalam masa 5 tahun selepas itu, anggaran pendapatan Google mencecah $20 billion.
  • Selepas 13 tahun hasil karyanya ditolak, penulis, Tawni O'Dell  masih enggan mengalah. Pada Januari 2000, novel pertamanya, Black Roads, diterbitkan dan dipilih sebagai A Must Read oleh Kelab Buku Oprah (Oprah's Book Club).
Moral of the stories, jangan sesekali berhenti berusaha dalam apa pun bidang yang kita ceburi! Ia perlukan masa yang panjang untuk benar-benar berada di puncak kejayaan.

"When you come to the end of your rope, tie a knot and hang on..."
                                                                                –Franklin D. Roosevelt

Wang Simpanan - Azizi Ali dan Hijrah Wealth Manager

Kita semua tentu sedar bahawa betapa pentingnya wang simpanan untuk masa depan terutamanya semasa di hari tua kita. Walaupun kita tahu kepentingan wang simpanan ini, masih ramai di antara kita yang sukar untuk menyimpan. Di sini, saya ingin kongsikan 3 klip video dari program Bijak Wang yang ditayangkan di TV3 mengenai wang simpanan. Di dalam klip ini, 2 pakar kewangan Malaysia telah dijemput bagi membincangkan isu mengenai wang simpanan. Salah seorangnya ialah saudara Azizi Ali (one of my favorite author), penulis buku best seller Lahirnya Seorang Jutawan dan Jutawan dari Planet Jupiter. Kedua-dua buku beliau ni memang best dan sangat berinformasi. Di harapkan video ini serba sedikit dapat membantu kita dalam proses menyimpan wang.

Wang Simpanan (1)



Wang Simpanan (2)


Wang Simpanan (3)

Sunday, February 20, 2011

The Vocal's Trinity Most Inspirational Songs

Ini bukannya pertandingan vokal yer. Ini adalah lagu daripada 3 penyanyi terkenal antarabangsa iaitu;

Mariah Carey - Hero
Whitney Houston - One Moment In Time
Celine Dion - Power of The Dream

Ketiga-tiga lagu dalam video ni saya klasifikasikan sebagai Lagu Insipirasi. So, check it out, The Vocal's Trinity Most Inspirational Songs:

Father and Son

This is one of my favorite song by Ronan Keating feat Yusuf Islam. To put it simply, it's all about the advise from father to his son. Enjoy,



Here's the lyric:
Father
It's not time to make a change
Just relax, take it easy
You're still young, that's your fault
There's so much you have to know
Find a girl, settle down
If you want you can marry
Look at me, I am old, but I'm happy

I was once like you are now
and I know that it's not easy
To be calm when you've found something going on
But take your time, think a lot
Think of everything you've got
For you will still be here tomorrow, but your dreams may not

Son
How can I try to explain, when I do he turns away again
It's always been the same, same old story
From the moment I could talk I was ordered to listen
Now there's a way and I know that I have to go away
I know I have to go

Father
I was once like you are now
and I know that it's not easy
To be calm when you've found something going on
But take your time, think a lot
Think of everything you've got
For you will still be here tomorrow, but your dreams may not

Son
All the times that I cried
keeping all the things I knew inside
It's hard, but it's harder to ignore it
If they were right, I'd agree
but it's them THEY know not me
Now there's a way and I know that I have to go away
I know I have to go

Apa Perkara Pertama yang Seharusnya Dibuat dengan Duit Gaji

Ada bermacam-macam perkara yang kita akan buat dengan duit gaji kita. Beli pakaian, belanja awek, beli barang rumah, bayar bil dan macam-macam lagi. Tanpa kita sedar, duit dah habis sebelum menerima gaji pada bulan yang berikutnya. Walau bagaimanapun, saya percaya ini sudah menjadi lumrah hidup bagi orang yang makan gaji.

Apa perkara pertama yang seharusnya dibuat dengan duit gaji? Kita bekerja penat lelah untuk mencari duit tapi bila dah dapat, habis begitu sahaja. Bukan sahaja balance 0 setiap hujung bulan tapi sampai ada yang negatif (-). Jika balance hujung bulan mencapai angka negatif, anda mempunyai pengurusan kewangan yang sangat teruk dan ditahap yang membahayakan. Perkara pertama yang seharusnya anda buat dengan gaji anda ialah pay for yourself first!

Maksudnya, simpan duit untuk hari tua anda terlebih dahulu sebelum membelanjakannya dengan hal-hal lain. Anda susah payah bekerja jadi seharusnya anda bayar penat lelah anda itu dengan menyimpan sedikit dari duit gaji anda. Ramai yang membuat kesilapan dengan membelanjakan duit gaji dahulu kemudian kalau ada baki baru simpan. Berapa orang sahaja yang akan dapat buat begitu?  Kebiasaannya, memang tak akan ada baki langsung.

Tak perlu simpan banyak sangat pun. Hanya simpan 10% daripada gaji bersih anda dah cukup memadai. Kalau gaji anda RM2000/bulan, hanya simpan RM200. Anda masih mempunyai baki RM1800 untuk dibelanjakan. Masih banyak! Jadi janganlah kedekut sangat untuk menyimpan. Lagipun duit itu adalah untuk diri anda sendiri juga. Selamat Berusaha!

Friday, February 18, 2011

Kongsi Pendapat : Simpanan Pelaburan Melalui Pinjaman ASB

Mungkin ada di antara anda yang tidak pernah mendengar mengenai pinjaman ASB (Amanah Saham Bumiputera). Ada beberapa bank yang menawarkan pinjaman ASB ini antaranya, Maybank dan CIMB. Pinjaman ASB ini berbeza dengan pinjaman peribadi. Anda dapat duit terus daripada pinjaman peribadi selepas diluluskan. Pinjaman ASB: Anda tak dapat duit terus dari pinjaman ini walaupun dah diluluskan. Anda cuma dapat dividen dari ASB setiap tahun berdasarkan jumlah yang anda pinjam. Saya tunjukkan senarionya.

Katakan anda membuat pinjaman ASB sebanyak RM100,000 selama 20 tahun. Anda TIDAK akan dapat terus duit RM100,000 tu sebaliknya anda cuma akan dapat dividen tahunan dari ASB berdasarkan RM100,000 yang anda pinjam. Andaikan anda meminjam dalam bulan Januari 2011 dan dividen ASB pada tahun itu ialah 10% so, tahun berikutnya, 2012, anda akan mendapat RM10,000 tunai dan begitulah seterusnya. Sebenarnya, bukan anda tak dapat duit RM100,000 tu. Duit tu akan diterima selepas anda langsai membayarnya (termasuk bunganya sekali). Tapi anda masih dapat dividennya dalam akaun ASB anda.

Untuk mendapat keuntungan maksimum daripada pinjaman ASB, jangan keluarkan dividen yang anda dapat setiap tahun walau sesen pun. Tambah simpanan boleh, keluarkan jangan sekali-kali. Anda memerlukan lebih kurang 6-7 tahun untuk membayar bunga atau faedah dari pinjaman tersebut. Anda cuba la kira sendiri yer. Anda sebenarnya boleh melangsaikan pinjaman ASB anda lebih awal dengan cara ini.

Saya sendiri telah membuat pinjaman ASB ini pada tahun 2010. Secara peribadinya, saya rasa pinjaman ni sesuai untuk orang yang susah menyimpan duit (macam saya la). Tetapi bagi orang yang dapat menyimpan duit setiap bulan, saya tak syorkan anda untuk membuat pinjaman ASB ini. Lebih baik simpan sendiri. Tak perlu susah-susah nak bayar balik bunga pinjaman ni. Bagi orang yang susah nak menyimpan duit macam saya ni, anda bolehlah pertimbangkan pinjaman ASB ni yer. Tetapi ingat, dividennya jangan diusik. Ini adalah untuk melipatgandakan dividen anda setiap tahun.

Tips penjimatan Prepaid untuk Couple

Bagi pasangan yang tengah hangat bercinta ni, duit poket untuk beli topup pun mesti hangat juga sehangat cinta mereka..hee. Ini sudah menjadi lumrah kerana anda sendiri paham-paham la time korang tengah bercinta dulu. (zaman atuk, nenek, mak, ayah korang tu terkecuali la yer sebab time mereka bercinta, takder handset lagi). So, di sini saya ingin nak kongsikan cara yang rasanya sangat sesuai untuk pasangan-pasangan kekasih ni.

Tipsnya mudah saja, belilah DIGI EASY PREPAID! Sebelum tu, saya nak bagitau korang yang saya ni bukanlah nak promotekan digi untuk anda, sebab saya tak dapat sesen pun kalau anda beli. Cuma, apa yang menariknya tentang DIGI EASY PREPAID ini ialah anda boleh daftarkan 3 nombor digi sebagai BUDDYZ anda. Selepas itu, anda boleh call dan sms free ngan ketiga-tiga nombor ini setiap saat, detik dan masa. Yang cuma anda  perlukan ialah beli topup RM30 untuk airtime selama sebulan. Jika sebelum ni anda berbelanja RM50 - 100 sebulan, anda telah berjaya mengurangkan kos untuk sms dan call girlfren dan boyfren anda. Bukankah ini merupakan suatu penjimatan?

Tips-tips lain sangat-sangatlah dialukan.