Pages

Sunday, February 20, 2011

Apa Perkara Pertama yang Seharusnya Dibuat dengan Duit Gaji

Ada bermacam-macam perkara yang kita akan buat dengan duit gaji kita. Beli pakaian, belanja awek, beli barang rumah, bayar bil dan macam-macam lagi. Tanpa kita sedar, duit dah habis sebelum menerima gaji pada bulan yang berikutnya. Walau bagaimanapun, saya percaya ini sudah menjadi lumrah hidup bagi orang yang makan gaji.

Apa perkara pertama yang seharusnya dibuat dengan duit gaji? Kita bekerja penat lelah untuk mencari duit tapi bila dah dapat, habis begitu sahaja. Bukan sahaja balance 0 setiap hujung bulan tapi sampai ada yang negatif (-). Jika balance hujung bulan mencapai angka negatif, anda mempunyai pengurusan kewangan yang sangat teruk dan ditahap yang membahayakan. Perkara pertama yang seharusnya anda buat dengan gaji anda ialah pay for yourself first!

Maksudnya, simpan duit untuk hari tua anda terlebih dahulu sebelum membelanjakannya dengan hal-hal lain. Anda susah payah bekerja jadi seharusnya anda bayar penat lelah anda itu dengan menyimpan sedikit dari duit gaji anda. Ramai yang membuat kesilapan dengan membelanjakan duit gaji dahulu kemudian kalau ada baki baru simpan. Berapa orang sahaja yang akan dapat buat begitu?  Kebiasaannya, memang tak akan ada baki langsung.

Tak perlu simpan banyak sangat pun. Hanya simpan 10% daripada gaji bersih anda dah cukup memadai. Kalau gaji anda RM2000/bulan, hanya simpan RM200. Anda masih mempunyai baki RM1800 untuk dibelanjakan. Masih banyak! Jadi janganlah kedekut sangat untuk menyimpan. Lagipun duit itu adalah untuk diri anda sendiri juga. Selamat Berusaha!

No comments:

Post a Comment