Pages

Friday, February 18, 2011

Kongsi Pendapat : Simpanan Pelaburan Melalui Pinjaman ASB

Mungkin ada di antara anda yang tidak pernah mendengar mengenai pinjaman ASB (Amanah Saham Bumiputera). Ada beberapa bank yang menawarkan pinjaman ASB ini antaranya, Maybank dan CIMB. Pinjaman ASB ini berbeza dengan pinjaman peribadi. Anda dapat duit terus daripada pinjaman peribadi selepas diluluskan. Pinjaman ASB: Anda tak dapat duit terus dari pinjaman ini walaupun dah diluluskan. Anda cuma dapat dividen dari ASB setiap tahun berdasarkan jumlah yang anda pinjam. Saya tunjukkan senarionya.

Katakan anda membuat pinjaman ASB sebanyak RM100,000 selama 20 tahun. Anda TIDAK akan dapat terus duit RM100,000 tu sebaliknya anda cuma akan dapat dividen tahunan dari ASB berdasarkan RM100,000 yang anda pinjam. Andaikan anda meminjam dalam bulan Januari 2011 dan dividen ASB pada tahun itu ialah 10% so, tahun berikutnya, 2012, anda akan mendapat RM10,000 tunai dan begitulah seterusnya. Sebenarnya, bukan anda tak dapat duit RM100,000 tu. Duit tu akan diterima selepas anda langsai membayarnya (termasuk bunganya sekali). Tapi anda masih dapat dividennya dalam akaun ASB anda.

Untuk mendapat keuntungan maksimum daripada pinjaman ASB, jangan keluarkan dividen yang anda dapat setiap tahun walau sesen pun. Tambah simpanan boleh, keluarkan jangan sekali-kali. Anda memerlukan lebih kurang 6-7 tahun untuk membayar bunga atau faedah dari pinjaman tersebut. Anda cuba la kira sendiri yer. Anda sebenarnya boleh melangsaikan pinjaman ASB anda lebih awal dengan cara ini.

Saya sendiri telah membuat pinjaman ASB ini pada tahun 2010. Secara peribadinya, saya rasa pinjaman ni sesuai untuk orang yang susah menyimpan duit (macam saya la). Tetapi bagi orang yang dapat menyimpan duit setiap bulan, saya tak syorkan anda untuk membuat pinjaman ASB ini. Lebih baik simpan sendiri. Tak perlu susah-susah nak bayar balik bunga pinjaman ni. Bagi orang yang susah nak menyimpan duit macam saya ni, anda bolehlah pertimbangkan pinjaman ASB ni yer. Tetapi ingat, dividennya jangan diusik. Ini adalah untuk melipatgandakan dividen anda setiap tahun.

No comments:

Post a Comment