Pages

Friday, February 18, 2011

Tips penjimatan Prepaid untuk Couple

Bagi pasangan yang tengah hangat bercinta ni, duit poket untuk beli topup pun mesti hangat juga sehangat cinta mereka..hee. Ini sudah menjadi lumrah kerana anda sendiri paham-paham la time korang tengah bercinta dulu. (zaman atuk, nenek, mak, ayah korang tu terkecuali la yer sebab time mereka bercinta, takder handset lagi). So, di sini saya ingin nak kongsikan cara yang rasanya sangat sesuai untuk pasangan-pasangan kekasih ni.

Tipsnya mudah saja, belilah DIGI EASY PREPAID! Sebelum tu, saya nak bagitau korang yang saya ni bukanlah nak promotekan digi untuk anda, sebab saya tak dapat sesen pun kalau anda beli. Cuma, apa yang menariknya tentang DIGI EASY PREPAID ini ialah anda boleh daftarkan 3 nombor digi sebagai BUDDYZ anda. Selepas itu, anda boleh call dan sms free ngan ketiga-tiga nombor ini setiap saat, detik dan masa. Yang cuma anda  perlukan ialah beli topup RM30 untuk airtime selama sebulan. Jika sebelum ni anda berbelanja RM50 - 100 sebulan, anda telah berjaya mengurangkan kos untuk sms dan call girlfren dan boyfren anda. Bukankah ini merupakan suatu penjimatan?

Tips-tips lain sangat-sangatlah dialukan.

No comments:

Post a Comment