Pages

Thursday, March 10, 2011

Bagaimanakah Cara Terbaik Untuk Beli Kereta: Part 2

Entri ini adalah sambungan entri yang sebelumnya iaitu, Bagaimanakah Cara Terbaik Untuk Beli Kereta: Part 1. Memang tidak dinafikan ramai yang membayar pinjaman kereta selama 9 tahun.  Tapi pernahkah anda mengira faedah yang anda terpaksa bayar? Saya tunjukkan kalkulusnya..

RM(harga kereta - down payment) x (kadar faedah %) x (tempoh masa)
CONTOH:
RM(60000 - 10000) x 3.75% x 9 tahun
RM50000 x 3.75% x 9 = RM16 875!!


Itu bagi kereta yang berharga RM60 000 dengan down paymentnya RM10 000. Anda bayangkan kalau anda beli kereta import seperti Toyata, Honda dan Mitsubishi yang rata-ratanya berharga RM70 000 ke atas. Tak payah bayangkan, kira la sendiri..hee..

Langkah terbaik adalah kumpul down payment sebanyak yang boleh (50% ker),pastu ambil tempoh yang singkat, 1 - 3 tahun. Kuncinya di sini adalah dengan meletakkan down payment yang tinggi. NO 0 Deposit!

CONTOH:
RM(60000 - 30000) x 3.75% x 3 tahun = RM3 375 (faedah yang hanya perlu anda bayar)

Kalau anda tak ada panduan nak simpan duit, anda harus baca entri terdahulu mengenai wang simpanan.

No comments:

Post a Comment